Thursday 15 November 2012

Last Wednesday Night (Extended Version)

So, like I said in my previous post, ada banyak bende berlaku yesterday night, a.k.a. Malam Theater Tun Siti Hasmah. So, nak senangkan keje and buat post ni lagi systematic, aku akan ceritakan dia dalam 4 short stories.

RAMBUT MAHAL BRO

Actually, this story tak berlaku semalam tapi on Deepavali, Tuesday I think? Tapi dia bersambung ke malam semalam.

Anyway, pada hari selasa, mak aku ada kat rumah sebab public holiday. Aku time tu dekat rumah bosan level 2.0 and mak aku perasan yang aku tengah terduduk macam orang tak bernyawa atas sofa. So, dia pun tanya aku kalau aku nak ikut dia pergi buat rambut dia. At first aku macam "what for?" then my mom jokingly cakap so aku boleh straighten my hair. Aku sebenarnye macam, hell no. Tapi, disebabkan kebosanan yang melampau dan juga kesadaran bahawa rambut aku pun sangat membosankan, aku pun join mak aku pergi saloon dia to straighten my hair. Sampai-sampai je mak aku cakap: "Ok, I might be done first so nanti I'm leaving you here and I'll pick you up later" so aku pun macam "How long will my hair take?" and mak aku jawab "2 hours" Aku dah macam, serious ah? aku kene duduk kat sini dua jam. Tapi fine la, sama je kalau aku duduk rumah tak buat apa-apa. So dua jam aku duduk kat sana biar amoi tu main dengan rambut aku, bontot aku pun dah mula sakit duduk lama sangat and so end product dia adalah :



(Tadaaaaaaaa. My before and after shots. I am now a Biebster)

So we jump to hari Rabu, which is the day where everyone finally dapat see my new hair. Also the day when I posted the photo on Instagram. Seperti biasa, aku dapat banyak kritikan daripada membe aku dan semua nye adalah negative (Well not really, ada seorang tu comment dia suka baju aku and even comment tu takde kaitan with my hair). Contohnye:


(Saaaaaaaayang sangat semua membe aku)

So itulah kritikan membe-membe aku kat instagram. Lepas tu aku hantar gambar tu kat Harry, yang comment :


(Ignore part awal-awal tu, aku tak tahu kitorang tengah borak pasal apa time tu)

So Harry tak dapat kutuk rambut aku sebab sekarang rambut aku lebih kurang rambut dia. So seperti biasa, aku telah buat bende yang bodoh dan telah menjadi topic bahan semua orang. Biarlah aku experiment with my body. Aku masih muda, ni la masa nak buat keje gila before dah start keje, and pikir pasal kahwin, rumah, anak etc etc. Sekurang-kurangnye, aku dapat la tengok rambut aku macam mana lepas dah straighten *flip rambut betul-betul*

RED, THE SUGAR BABY

Kalau, korang ada baca post sebelum-sebelum ni aku pernah citer masalah hidup aku pasal nak beli sugar glider sebab aku tengah menggedik. And finally semalam, aku telah pun membeli seekor sugar glider!!! Malangnye aku takleh nak post gambar dia lagi sebab setiap kali aku pegang dia, dia mesti try lari, pastu kencing and berak kat baju aku. So aku pun give up. Anyway, time tu aku pergi Pet Safari kat Curve with Acap and Amirah. Sebenarnye time tu nak beli cupcake (sambungan cerita ni nanti) tapi since kitorang ada banyak masa sikit aku pergi la usha sugar glider tu. Time tu, ada dua je baby sugar glider tinggal. Tapi time aku dah sampai tu, aku gaduh dengan diri aku lagi sebab aku still tak sure nak beli ke tak. So selepas bazir masa jap pandang baby tu lama-lama, turun starbucks jap minum kopi, fikir fikir fikir fikir fikir, kene pressure dengan Acap, aku pun kembali ke Pet Safari dan membuat keputusan untuk membeli sugar glider tersebut. Tapi shop assistant dia punya la tak helpful. Aku tanye dia banyak soalan pasal bende tu sebab aku dah baca banyak pasal bende tu kat wiki, youtube, google etc. And satu pun dia tak dapat bagi aku a straight answer. Gender dia pun dia tak dapat nak beritahu aku sebab supervisor dia takde time tu and dia tak reti nak bezakan. So sampai sekarang aku tak sure sugar glider aku jantan ke betina ke khunsa ke. So until further notice, aku telah memutuskan untuk memanggilnya Baby Red. Dia still a baby and dia baru 2 months old and dia sangat bising setiap kali ada orang gerak sikit ke apa. So the only way nak buat dia duduk senyap is by bagi dia makan. Pastu dia senyap. It's like aku tetibe ada baby sendiri. So anyway, It will take time before dia start suka aku tapi takpelah. Sama-samalah kita maju untuk negara (tak tahu kenapa)

BIRTHDAY SURPRISE EXTRAVAGANZA

So on Monday, time kitorang lepak-lepak, Amini telah pun memberitahu plannye untuk buat early surprise birthday untuk awek dia lepas show Tun Siti Hasmah tu. So, secara tak langsung, kitorang semua telah pun menjadi party planner pagi Rabu tu. First, aku telah menjadi driver Amini untuk beli barang-barang present dia, riben, nak balut, nak beli filem, suddenly kene beli ubat jugak and sambil-sambil aku tengah drive tu Amini cakap driving aku still teruk. Ok sorry la. I don't have a car. The only time aku dapat chance nak drive pun is bila abang aku tak guna kereta dia which is sangat sangat rare. Aku tak banyak training ok. So dah, settle everything nak dah balik, terserempak dengan Acap and Pai kat Jasema. Since aku kene teman Acap beli cupcake pulak, aku switch kereta and ikut Acap pulak gi beli cupcak dekat curve. Setelah Acap pick up Amirah di KDU kitorang terus ke Curve untuk beli cupcake at Cupcake Chic. Pernah try cupcake diorang tak? Sedap weh. Red Velvet dia sumpah sedap. Anyway not the point, Dah habis settle everything, balik rumah chill sat. Pegi show, bla bla bla bla show habis, bla bla bla bla aku, Amini and Acap gi setting cake, present camera semua kat carpark bla bla bla Gori and Bear distract awek Amini bla bla bla rambut aku kene kutuk lagi bla bla bla SURPRISEEEE!!!! Kalau aku go into full detail confirm takde orang baca. Anyway bottom line is, Kitorang berjaya surprise si Asilah tu and diorang pun bergambar and main suap-suap cupcake gaya pengantin.


(See, aku tak tipu. Anyway, Happy Birthday Asilah and nice meeting you)

BLUR TAHAP DINOSAUR

So setelah show dah habis, semua couple pulang bersama pasangan masing-masing. Amini dengan Asilah, Gori dengan Bear and aku balik dengan Acap (yes, I know). Aku lapar and penat gila after the show and since Acap dah happy tahap dewa sebab dia dapat bergambar dengan Lisa Surihani, dia pun tak kesah nak bawak aku gi makan, sweet gila en? Anyway aku patut citer, sebenarnye Acap hutang aku RM25, tapi Acap dah cakap kat aku yang dia takde duit time tu and dia akan bayar another time. Acap dah cakap kat aku after the show lagi tapi aku tak tahu apa masalah otak aku, maybe aku tengah penat, maybe dah tua, aku tetibe lupa. Yang bodohnye aku, dah sampai McD, dah order makanan kitorang, aku check wallet, tak cukup duit. Tapi time tu aku dengan penuh confidentnya cakap kat Acap, "Acap, gunalah duit yang kau hutang aku tu" Pastu Acap dah pandang aku pelik. Sebab Acap dah cakap kat aku yang dia takde duit awal-awal dah. Pastu dua-dua panic tak cukup duit nak bayar meal kitorang. Setelah puas gaduh dengan Acap, meal aku pun terpaksa dicancelkan sebab dalam wallet aku ada RM4 je and Acap ada RM14. Tu pun nasib baik dia bagi cancel, kalau tak memang malam tu aku keje kat McD ah. Anyway, end up Acap dapat makan and aku lapar kat rumah. Moral of the story, aku yang lapar and penat and blur adalah combination yang sangat tak bagus.

All and all, walaupun malam tu banyak bende berlaku, aku penat yang happy sebab hari tu sangat fun, even though aku tak dapat McD aku. 

Goodnight Baby~

No comments:

Post a Comment